Monday 11 May 2015

Paedophilia???

Paedophilia atau paedophile,
adalah satu spesis manusia yang rare.
Diorang ni kalau tengok budak-budak,
akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.
Scary kan?
Scary gila.
Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini.
Memang ada dan memang wujud.
Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis.
Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"
80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa.
-______-
Most of us tak aware pasal ni.
Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak,
kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik,
kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard,
kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal,
kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.
Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM.
Tak faham how can all this happen.
Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.
Itulah dia--
PEDOPHILES.
Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids.
Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids,
Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu.
That's it.
So apa yang kita boleh buat?
Itu persoalannya sekarang.
Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING.
Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile.
Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile.
-______-
Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..-
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya.
Tapi apa yang kita boleh buat ialah,
MINIMIZE THE RISK.
Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita.
Contoh paling mudah,
SOCIAL MEDIA.
FIKIRRR sebelum publish apa-apa gambar anak di social media.
Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel.
Semua anak pun comel.
Kan?
Tapi jaga privasi mereka.
Anak lelaki mahupun anak perempuan.
Jaga.
Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak,
those photos are high-risk photos.
Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu.
Lagi comel lagi geram.
You know what i mean.
"Ahhh lantak ahhh.
Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!!
Comel kott gambar anak aku tengah mandi.
Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."
Bare in mind,
pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR,
boleh jadi SESIAPA SAJE
termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.
Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell.
But to pedophiles.
They get SEXUALLY AROUSED.
Beza kan, comel dengan sexually attractive?
Kan?
Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan,
ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu,
and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.
Sounds insane kan?
Tapi possible. Sumpah possible.
Dan ingat,
walau se-private mana pun social media kita,
it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.
"Ahhh merepek!
Selama ni aku publish gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"
So kau nak tunggu anak kau hilang dulu,
kena culik dulu,
kena bunuh dulu,
baru nak stop publish la?
Hmm?
Act now.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Kan?
These are 12 safety rules
yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.
1) Never post photos of kids yang tak appropriate.
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc.
Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!
2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.
3) Never post status yang macam,
"Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."
Atau,
"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."
NEVER.
4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje.
Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua.
But remember, pedophiles are everywhere.
5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.
Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID.
Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".
6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu.
Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.
7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan.
There must be something yang ganggu fikiran dia.
8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.
9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa).
Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.
10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum.
Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!
11) Respect your kids privacy.
Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.
12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile,
atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile,
terus call ChildLine 15999.
Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.
Please parents.
We are currently living in an era yang langsung takde barrier.
Langsung takde sekatan.
Bila takde barrier takde sekatan,
hence takde keselamatan.
Pandai-pandai jaga diri.
Pandai-pandai jaga anak sendiri.
Pedophiles are everywhere.
Pedophiles can be anyone.
U don't say these people dont exist. They do.
Dan RAMAI sebenarnya.
Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.
Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles.
Kan?
Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia.
Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang.
And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat.
Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.
Dua, free.
Na'uzubillahi min zalik.
Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu.
Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk,
DELETE je.
Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi.
Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi,
ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.
Esok-esok kita kena soal,
tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.
Mintak jauh.

continue reading "Paedophilia??? "

Thursday 11 December 2014

Cheesekut Ala Noorly

Kalini aku nak share resepi Cheesekut yang lemak berkrim disukai ramai. Acctually nilah penangan merasa cheeskut buat pertama kali pemberian jiran depan pintu.hihi. Abih da tak puas, takkan nak p mintak lagi plak kan?haha...so that, aku terpaksalah mengoogle resepi & mengadaptasikan mengikut cara aku sendiri yang nak semudah yang boleh sebab aku bukan type person yang suka tercanggok lelama kat dapur!


Antara bahan2
Bahan-Bahan

  1.  1 pack biskut Cracker  @ korang boleh guna biskut marie 
  2. 1/2 tin susu pekat (klu korang tak suka manis , boleh kurangkan 1/4 @ sesuka rasa)
  3. Cream cheese dalam 250g @ +- 1 1/2 cawan. kalau mmg suka cheese blh tambah lagi
  4. Air @ fresh milk
  5. 6 sudu besar susu full cream tapi aku guna susu pekat manis 3 sudu bancuh dalam 2 cawan air utk rendamkan biskut jadi lembut 
  6. utk topping ni optinal je...kalau takde pon xpe...boleh letak parutan cheddar cheese/choc rice/milo etc. ikut selera & bajet

Cara-Cara:-

  1.  Masukkan Cream Cheese 
  2. Tuang Susu Pekat Kalau tak nak manis , jgn tuang 1/2 tin...tuang sedikit2 dulu... 
  3.  Masukkan Air masak @ Fresh Milk...agak2 je jgn terlalu pekat @ terlalu cair.kira sedang2 aje...
  4. Blender semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
  5. Adunan cream cheese dah siap utk di buat lapisan
  6. Untuk lapisan biskut kene rendam biskut dlm air yg aku bancuh guna susu pekat tu. rendam sampai lembut sikit ye.
  7. Susun dalam bekas belapis @ berselang-seli dengan adunan cream yang dah di blend tu. sampai habis.
  8. Last skali buat topping untuk nampak lagi menarik tertarik gitu.hihi
  9. Sejukkan dalam peti untuk 1/2jam & tara...sedia utk dijamu. sesuai sangat untuk buat kudapan minum petang & bagi yang tak kesah tentang diet macam aku.haha
    Inilah hasilnya...aku letak topping parutan cheddar cheese + choc rice :-)

continue reading "Cheesekut Ala Noorly"

Monday 1 December 2014

Family Trip ke Kota Kinabalu & Kundasang

Assalammualaikum & salam sejahtera buat rakan keyboardku sekalian... Entry kali ni nak story-mory sket pasal percutian family ke Kota Kinabalu & mostly berada di Kundasang, Sabah...Sebagai Pengelola tak bertauliah, sebelum ke sana lagi aku & my laki dah diskas mengenai planning aktiviti yang akan dijalankan. kira macam tentatif program la.so dah ada sana takdelah terpinga-pinga....So uols yg bercadang nak kesana blh la refer serba sedikit program weols disana haritu...


posing kat depature hall sementara tunggu flight boarding

Shopping barang masakan BBQ di Philipine market & Pasar Besar 
Homestay Ning's 019-8990785 & Urvan by Cik Mail 012-8866985

sekitar poring hot spring :-)
syiok depa bagi ikan makan kat Tagal Moroli
Pintu masuk desa fairy farm...sejukkkk

Family my eldest brother

busuk-busuk kandang pon blh layan posing:-P

batu depan kandang

pekena aiskrim & fresh milk...urm...dappp

Sudah kenyang suka hati


Entry kali ni biar gambar berbicara. uols klu nak kesana better plan cecepat sebab mmg best sgt. tempat 2x sejuk compare dengan cameron highlands...
continue reading "Family Trip ke Kota Kinabalu & Kundasang"

Friday 17 October 2014

Indahnya Bercuti Di Pulau Mabul...


Alhamdulillah planning my laki utk bawa familynya berjaya. Walaupon tak semua yang join, tapi kami semua enjoy sgt sampai pening terhuyung hayang... Ni semua penangan teman my laki p scuba diving... Ombak kuat dat time & kami tunggu almost 40minit gitu atas bot. Mmg 2-3hari gak la terasa mabuk2.haha...

Sebelum ke Mabul mmg my laki dah siapkan tentatif program utk memanfaatkan masa dengan aktiviti sebaik mungkin. Uols yg plan nk g Mabul Island boleh la refer tentatif kitorg ni...

11.10.14(Sabtu) 
06.30am pagi bertolak dari kajang ke KLIA 2.(pilihan lain- parking di putrajaya dan menaiki tren ke KLIA 2)
08.30am tiba di Terminal KLIA 2. 
10.05am berlepas dari KLIA 2 ke lapangan terbang Tawau. 
12.55pm tiba di Tawau. 
01.30pm menaiki Van sewa ke Semporna. 
02.45pm tiba di jeti Semporna. 
03.00pm check in di dragon inn. 
04.00pm berjalan-jalan sekitar pekan semporna. 
07.30pm makan malam di sekitar pekan semporna. 
09.00pm balik hotel n berehat. 

12.10.14(Ahad) 
06.00am sarapan pagi. (sabah awal sejam jadi pkul 6 pagi dah cerah)
07.30am perjalanan diteruskan ke Pulau Mabul menaiki bot yang telah disediakan oleh tempat penginapan. 
08.30am tiba di uncle chang. 
09.00am boleh pusing2 dkt area uncle chang. 
10.30am snokeling @ diving di pulau mabul dan sekitar. 
12.00pm makan tengahari. 
02.30pm aktiviti snokeling dan diving diteruskan. 
04.00pm melawat kawasan kampung bajau. 
08.00pm makan malam. 
09.00pm aktivi bebas. tido. 

13.10.14(Isnin) 
06.00am sarapan pagi. 
07.00am mandi manda  snorkeling trip sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. 
09.30am siap sedia barangan untuk berangkat pulang. 
10.00am menaiki bot ke Jeti Semporna. 
12.00pm bertolak dari Jeti Semporna ke lapangan terbang Tawau menaiki Van sewa. 
02.00pm tiba di lapangan terbang Tawau. 
03.40pm berlepas dari lapangan terbang Tawau. 
06.30pm tiba di terminal KLIA 2. 
07.00pm berangkat pulang ke destinasi masing-masing.

3 hari bercuti di Mabul, mmg aktiviti almost refer pada tentatif je just waktu berlepas dari Tawau Airport je agak lewat. Our Journey start pagi Jumaat. Berkumpul di ERL, Putrajaya sbb parking kereta kat situ sgt murah...RM12 utk 3 hari compare dgn park kt KLIA 2 RM48/day...huh...jimat seyh... Tiket ERL ke KLIA2 sehala plak RM6.20/pax utk adult & RM3 utk kanak-kanak.

Sekitar Stesen ERL & Dalam train

Perjalanan naik ERL ke KLIA2 tu lebih kurang 10min je... Sesampai je kat KLIA2 kitaorg masukkan luggage dulu. Sekarang tak payah nak checkin kt kaunter da...Web checkin siap2 & print boarding pass je...
Penaja Utama percutian di KLIA2 & dlam flight :-)

Environment KLIA2 tak macam airport da..memang macam shopping mall. Serius tak boring kalau flight delay ke...haha...
Setibanya Di Tawau Airport, driver van da tunggu utk ke Semporna. Perjalanan dekat 1 jam jugak la. Ktorg punya aktiviti dalam perjalanan adalah MAKAN.haha...Lapar kot memasing... Nasib baik my mertua bawak bekal makanan macam2...
Sampai Semporna, ktorg terus checkin kat Dragon Inn Hotel. lepas rest, mandi & solat ktorg jalan2 sekitar hotel. tgk ikan & apa lagi...posing2 jela kojo nyo...hehe.

Posing2 di Area Dragon Inn Hotel Semporna

Petang tu jalan2 kat Pekan Semporna plak & dinner siap2 then balik rehat kat hotel. Kena rest awal sebab esoknya nak gerak awal ke Pulau plak.

Atas bot..Nice view & subhanallah :-)

Pagi Sabtu yang indah, kami sekeluarga menaiki bot utk transit ke Pulau Mabul. Perjalanan lebih kurang 1 jam utk sampai ke Chalet Uncle Chang. My laki amik full package di Uncle Chang...siap makan semua la...

sekitar Uncle Chang Chalet...
Dah nama pun duduk pulau.kalau tak pekena seafood mmg tak sah kan? Kalau ke Mabul, jangan risau, nanti memang ada pelaut terdiri dari penduduk kampung Bajau Laut yang datang di Chalet utk menjual hasil tangkapan. so kita boleh pilih fresh2 & siap boleh nego price lagi. Bayangkanlah kami dapat beli 9 ekor lobster dengan harga RM250 je. hehe...memang pesta lobster ktorg malam tu. siap dapat freegift ketam lagi.

NAh...amik ko lobster selambak! yg bawah ni gambar pelaut tgh promote hasil tangkapan...
Kalau dah beli makanan laut, boleh upah tukang masak kat dapur chalet utk buat menu pilihan kita., Harga utk 1 menu rm15 je.  Untuk dinner kami decided buat 3 menu iaitu Lobster Masak Butter Milk, Lobster Masak Halia & Ketam Masak 3 Rasa. Memang heaven gila la makan seafood! sampai nasi tak bersentuh.hehe.


Makan2 Time!
Dah citer pasal makan, now kita story pasal aktiviti pulak... Sebelah petang kami menjengah sekitar kampung berdekatan. Kampung nya tak la besar sangat. tak sampai sejam pon jalan kaki dah habis round.hehe..
Perkampungan atas air
Disebabkankan bawak anak kecil so aku tak join venture my laki untuk snorkeling & scuba diving...myb next time kalau anak2 dah besar baru boleh..
Semoga percutian keluarga ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga & dapat jugak memberi kesegaran minda kami seisi keluarga. Amin


continue reading "Indahnya Bercuti Di Pulau Mabul..."

Saturday 4 October 2014

Roti Sosej Goreng

Resepi ini antara fav family kecil kami. Aku pun suka jugak masak roti ni sebab mudah & sedap. Jom try!!!Sesuai utk buat sarapan & minum petang. Kalau ada open house ke, jamuan ke pon boleh try utk kelainan gitu.
Sori bentuk tak berapa cun sebab my baby laklak plak time menguli...soba yola...hehe

BAHAN:

1/3 kg tepung gandum(kalau boleh ayak dulu utk testur lebih gebus)
1/3 cawan minyak masak @  1/3potong buttercup
air secukupnya utk membentuk doh
secubit garam
2 sudu susu pekat manis
1/2 peket Mauripan 
serbuk roti (optional, kalau takde pun bole aje)
Minyak utk mengoreng
Sosej di belah dua( saya guna brand nutriplus- honey chicken  sbb mmg sedap!)

Sosej yg digunakan

CARA-CARA:
1. Gaulkan tepung dengan mauripan sehingga sebati, masukan minyak@butter & gaul lagi sehingga mesra gitu.
2. Masukkan susu pekat manis+garam & akhir sekali air secukupnya utk membentuk doh. Kalau nak salut dengan serbuk roti, texture doh kena sedikit lembik utk lekatkan serbuk. Kalau tak nak guna serbuk roti, boleh buat doh kental seperti biasa.
3. Biarkan doh seketika dalam 1-2jam sebelum di uli untuk membuat gulungan diluar sosej.
4. Salutkan serbuk roti & Gorengkan sehingga kekuningan.Api perlahan ok.

Goreng jangan tak goreng... o_O
5. Toskan & dah siap! Senang kan?

continue reading "Roti Sosej Goreng"

Sunday 28 September 2014

Chicken Chop Goreng Simple

Hari ini hari rajin sedunia... My laki request nak makan chicken chop goreng pon aku merelakan jiwa masak dengan penuh kasih sayang...hehe. Sedap katanya & insyallah kalau mood rajin lagi macam hari ini boleh repeat lagi.
So nak bagi korang try jugak sebab senang & tak sampai sejam pun terconggok kat dapur tu....Selamat mencuba ye. Insyallah sooodddddaaappp!!!! Jom review my own style sediakan menu hari ini :-)


Homemade Chicken Chop Goreng Noorly's Style gitu...hehe

CHICKEN CHOP
===============
Bahan-bahan:-
2 bahagian Ayam (1/2 ekor) yang dah di buang tulang. Beli kat pasar boleh mintak dorg buangkan tulang siap2. kalau beli kat pasaraya memang tak dapatlah service buang tulang. Bahagian dada aku chop, yang tight utk my laki. hehe
2 ulas bawang putih di blend
3 bawang merah di blend
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk lada sulah kalau nak pedas lagi boleh tambah ikut suka lidah.hehe
Garam sesedap rasa


Salutan:-
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum
100gm bread crumbs (aku guna yang kaler kuning tu...tapi boleh jek kalau suka kaler putih tu). Beli kat kedai bahan2 buat kek...

Cara:
1.Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, kicap manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 1-2 jam dalam peti ais.
2.Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
4.Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
5.Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata. Minyak kena banyak eh sampai gorengan kita tu tenggelam. bagi yang ada presure cooker lagi bagus.



Nilah few step yg sempat capture utk korg review

SOS LADA HITAM
==================
Bahan-bahan:-
1 sudu butter
1 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar(potong dadu)
1/2 seketul kiub ayam knors
1 cawan air @ 300ml 
2 sudu kicap pekat,1 sudu sos tiram (utk hitamkan kuah)
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus) ikut tahap kepedasan idaman ye.hehe


Cara:-
1. Gaulkan tepung + lada hitam dengan air sehingga sebati & ketepikan. Jangan bagi ada ketul2 ye kalau tak texture kuah tak cun!
2. Panaskan butter & masukkan bawang. goreng sekejap je bagi naik bau then masukkan campuran kicap & sos tiram.
3. Masukkan air tepung yang dah digaulkan tadi bersama kiub ayam. Masak slow cook. Kacau je jangan berhenti untuk elak berketul.
4. Bila agak2 dah pekat boleh masukkan garam. Kalau nak tambah lagi lada hitam untuk rasa yang lebih kick pun boleh je

AKSESORI CHICKEN CHOP (Kalau Rajin la)

FRIES
======
Bahan-bahan:-
Fries 1/2 kg
Minyak untuk mengoreng
Garam

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya
2. Gorengkan fries sehingga kekuninggan
3. Toskan & gaulkan dengan garam.

Mashed Potato
============
Bahan-bahan:-
3biji kentang
Air utk merebus
Lada sulah
Garam
Utk kuah 1 sudu tepung gandum+air 3/4 cawan+1/2 kiub ayam+secubit garam 

Cara:-
1. Rebus kentang dalam air yang dicampurlada sulah+garam sehingga lembut
2. Lenyekkan mengunakan sudu.
3. Untuk kuah, masak campuran tepung tadi & masak atas api perlahan. kacau sehingga pekat, kalau nak warna dark cket blh add dgn sos tiram & tara...dah siap!

COLESLAW
=========
Bahan-bahan:

kobis manis - cincang
sedikit carrot - dadu
mayonis
susu pekat

Cara:-

1. gaul rata dan bolehlah dihidangkan



SELAMAT MENCUBA YA!!!

continue reading "Chicken Chop Goreng Simple"

Tuesday 16 September 2014

Short Holiday Di Grand Lexis Port Dickson

Asal je nogori tapi tak penah nak explore kecantikan tempat sendiri. Dah anak 2 baru taw rupanya best jugak bercuti di PD tambah2 lagi kalau di sini. Kalau tak caya cer klik http://www.grandlexispd.com/ utk review apa yang best...macam promoter hotel plak kan?hehe

Sebenarnya aku tak penah taw pun pasal nak ke PD last weekend. My laki ajak teman p ukur kabinet kt Sepang & suruh packing siap2 barang nak balik Senawang. Katanya lah...Tapi tetibe terus drop kami kat lobby hotel.ha...best tak kena prank? aku pakai comot2 jek dgn baju2 pakai kt rumah je aku packing...adeh..redho je la..hukhukhuk. Padanlah aku rasa semacam je dgn tingkah laku my laki... Siap amek kepala ayam kat pasar lagi. rupanya nak p tangkap ketam.Lepas urusan checkin kt reception, kami dibawa menaiki buggy utk ke bilik. almaklum la bilik kat atas air gitu...terketap2 mulut Ecah naik buggy sambil ditiup angin laut...haha

Muka comot anak beranak...hehe
Otw kebilik tu memang dah teruja dah sbb tgk enviroment hotel yang cun! Masuk2 bilik lagi lah...Bilik ataih ayaq...siap ada private pool lagi. mana tak jenuhnya kami anak beranak berposing...haha. Jenis bilik kami, Premium Pool Villa - Above The Sea...

Some pic posing2 dalam bilik :-)
Lepas posing2 petang tu kami jalan-jalan sekitar hotel sambil tengok sunset tapi tak nampak sebab awan tebal...

Ecah Syok Jalan2... o_O
Alkisah menangkap ketam, memang excited la si hazeeq dapat tengok live...1st time kot bagi pendedahan macam ni. Nampak die mmg have fun sangat bercuti kali ni. Hasil tangkapan mengunakan kepala ayam not bad jugak...hasilnya 32 ekoq habaq hang! tambah bulan penuh plak mmg isi gebu gebas je...

Hasil tangkapan pertama...
Malam harinya my laki spend time memancing. Lepas gian katanya setelah hampir setahun stop akibat perbuatannya terhadap diriku... dalam istilah lain, aku mengandung.hehehe. Tapi tak dapat sekoq pon. Nasib baik ada ketam2 sebagai pengubat kekeciwaan beliau.

Taraa....inilah buktinya 32 ekor ketam. Pelbagai saiz gitu.hehehe
Lepas berholiday kat sini kami singgah senawang, ke rumah org tuaku... kemain excited ayah den tengok kotam hidup2.. Cepat je dia siangkan & beli bahan untuk mak den masak Kari Ketam...ha...soooodapppp!

Insyallah kami akan kesini lagi dengan planning yang lebih proper. Tak payah la nak prank sangat k!

continue reading "Short Holiday Di Grand Lexis Port Dickson"

Monday 30 June 2014

Anak Kedua Hafiz&Noorly

Semalam adalah semalam...hehe...Semalaman tidoq sensorg kat ward memang membosankan.
Ikutkan my due on 27 Mei 2014 tapi tanda-tanda utk melahirkan sudah terasa & admitted sbb bacaan CTG tak stabil katanya & jalan dah buka 3cm.

Dalam kesakitan, terasa keterujuaan menyambut seorang lagi amanah yang Allah pinjamkan. Kat Hospital Putrajaya inilah menjadi saksi lahirnya puteri kesayangan kami suami & isteri. Alhamdulillah...

Acttly aku mmg decided nak bersalin kat Putrajaya since 1st baby tapi tak kesampaian. So my 2nd baby tu aku amik pakej FPP (Full Paying Patient) utk bersalin. Dari checkup sampailah bersalin semuanya dikendalikan oleh Doktor Pakar Sahaja. Layanan mmg tiptop ler sbb berbayarkan...hehe
Tapi serius ni...mmg kalau amik FPP ni korang akan rasa berbaloi sesangat. Aku di pakarkan oleh Doc Hazim tapi kebetulan masa nak due ni Doc aku p buat umrah plak so digantikan oleh Doc Hamidah...Sebenarnya best jugak sbb endup doaku termakbul juga utk bersalin disambut oleh Doc pompuan.hehe

Since dah kene ward ni mmg jadi rutinlah mencheck jalan & heartbeat baby also CTG. huh...mmg mencabar betul la...yelah nak berjihad bukan senang kan?
Husband aku tak temankan aku macam 1st baby sbb takut jalan buka lambat. Tak silap Hazeeq dlu dekat 1week still 2cm. Tp ptg mmg dia promise nak datang. Tengah2 tahan sakit on-off ni tekak ni tetibe terasa nak KFC plak so sempat lagi Wassup my husband utk belikan.hehe. Around pukul 4pm camtu tetibe air ketuban pecah sendiri, so kelam kabut ler nurse panggil Doc pakar...aku pon seriau jgk dat time.
sempat lagi my laki snap pic dalam labour room.huhu
Lepas doc check, dia suruh tukar baju utk get ready ke Labour Room & inform husband. Apa lagi laki den dgn lajunya pecut bersama-sama KFC.huhu. Nak jadi citer, mmg tak sempat pun layan KFC sbb laki aku tinggalkan plak dalam keta. So dalam labour room, macam biasa sementara tunggu bukaan 10cm, kami sembang2 sesambil dalam hati berzikir. Sakit makin kerap dah...tapi masih dalam kawalan. Nurse jap2 datang offer 'epidural' tapi aku tak nak sebab nak try my best utk bersalin secara normal tanpa bantuan. Aku percaya, hanya Allah tempatku bergantung & sebaik2 bantuan hanya dariNya...

Dalam pukul 6pm camtu, ada nurse datang lagi bagitaw ada family datang kat luar & nak jumpa husband saya. Rupanya my husband punya makcik datang bawak mangga Harumanis dah siap potong ok..hehe...acttly mase kat kampung ada la ak story2 pasal lakiku sibuk cari harumanis. Aku tak teringin pun...maybe dia la kot yang mengidam.
Dengan slamber, lakiku seludup bawak masuk mangga Harumanis dalam labour room...sempat la jugak kami bersuap-suapan sampai habis sebekas.haha

Bila dah masuk pukul 7pm mmg rasa sakit berguling2.resah gelisah semua ada. Masuk je maghrib, aku suruh husband p solat dulu. dekat 3jam jugak la berguling2 atas katil. Finally lahirlah puteri yang diberi nama 'Nur Aeeshah Haifa Binti Muhamad Hafiz' tepat jam 9.08pm pada 26 Mei 2014. Dekat 7 kali push jugak la. mmg sehabis tenaga & kudrat. Alhmdulillah semuanya selamat. yeah!!!

Detik Di Iqamatkan
Malamnya husband tidoq sama kt ward & malam tu dinner pukul 12am bersama sambil menjamu KFC yang dah sejuk kejur tuh.haha

Ready dah mandi & nak balik kajang!Yeah!!!
Esoknya boleh dah discharged sbb tiada masalah apa-apa. Hari ke-4 berpantang, tali pusat baby dah tanggal & my MIL suruh cukurkan rambut.jadilah mudak motak...hehe. Dalam seminggu berpantang mmg my MIL & FIL yang jaga dikediaman rasmi kami di Kenaria Kondominium, Kajang.hehe.. Tq Mak & ayah!!! Ekpresi Hazeeq bila jumpa adik utk pertama kalinya macam blur2 gitu. haha

Hazeeq tinjau2 Ecah for 1st time meet...hehe
Lepas cukur tu nurse mai check kt rumah & detack ada kuning. So g check kt KK mmg ada tapi tak tinggi bacaan 10 tapi depa suh mai esoknya lagi...Esoknya makin tingi...dekat 3 kali jugak la ulang alik KK utk amik darah, tapi sedihnya hari ke 9 my princess kena admit NICU & dok bawah lampu. Sempatlah mamanya rasa exprience naik ambulans utk transitkan ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia (PBBR) kat presint 8. Nasib semalam je ceheckin kt situ. Lepas keluar ward kami just bawa followup KK je la sampai jaundies clear.  Hampir 1 bln nak bagi clearkan jaundies, mmg sedih & musim berpantang kali ini memang amatlah memenatkan tapi insyallah di setiap kesukaran, ada kemudahannya kelak...

Semasa Di NICU




continue reading "Anak Kedua Hafiz&Noorly "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...