Penyakit berjangkit adalah penyebab
utama berlakunya kecacatan dan kematian dikalangan kanak-kanak.
Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah danmengurangkan
penyakit ini. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yanglengkap.
Dengan itu adalah penting untuk anggota kesihatan melengkapkan diri
denganpengetahuan terbaru mengenai perkembangan tentang
imunisasi.Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal
penyakit-penyakitberjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol),
tetanus (kancing gigi), polio, tibi,hepatitis B, measles, mumps, rubella
dan jangkitan meningitis Haemophilus influenzaetype b.
Imunisasi merupakan satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan
kepadaindividu melalui penggunaan vaksin.
Imunisasi memberi faedah kesihatan
kepada kanak-kanak kerana dapatmengelakkan daripada dijangkiti pelbagai
penyakit berjangkit yang seriusyang boleh mengakibatkan kecacatan dan
kematian.
Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak
mempunyai rawatan khusus danboleh mengakibatkan kesan sampingan dan
komplikasi yang teruk dan kekal. Mencegah adalah lebih baik daripada
merawat. Imunisasi juga dapatmengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh
kanak-kanak itu dan juga ahlikeluarga.Imunisasi dapat mengelak daripada
berlakunya kejadian epidemik danwabak penyakit berjangkit.Imunisasi juga
dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakitseperti polio,
neonatal tetanus dan difteria.
Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif.Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah
melalui imunisasi merupakan penyakit berjangkityang boleh mengakibatkan
morbiditi yang tinggi, mortaliti dan risiko samada penyakit itudapat
dirawat atau tidak. Kebanyakan daripada penyakit-penyakit ini dapat
dicegahmelalui imunisasi seperti penyakit tibi, measles (campak), mumps
(beguk), rubella,pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi),
chicken pox (cacar), Japanese encephalitisdan
lain-lain.Penyakit-penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanak-kanak
dan mempunyaikomplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain.
Justeru itu, KementerianKesihatan Malaysia telah melaksanakan program
ini bagi mencegah penyakit-penyakittersebut.
Tibi adalah penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti saluranpernafasan. Penyakit
ini tersebar melalui titisan (melalui udara) semasa batuk atau
bersinoleh orang yang dijangkiti penyakit tibi. Justeru itu, jangkitan
ini boleh menjangkiti ahli-ahli keluarga lain yang tinggal serumah.
Biasanya berlaku di kalangan penduduk miskindan mereka yang tinggal di
kawasan sesak.Kebelakangan ini penyakit tibi telah meningkat disebabkan
kemasukan pendatang asingdan juga meningkatnya kejadian jangkitan HIV.
Komplikasi penyakit ini termasuk jangkitan kelenjar limfa (lymph node),
radang selaput otak, radang paru-paru danserangan tibi pada organ-organ
lain seperti usus, tulang dan sendi, paru-paru dan buah pinggang.
Hepatitis B merupakan penyakit
berjangkit yang disebabkan oleh virus Hepatitis B.Penyakit ini
dijangkiti dari seorang ke seorang yang lain melalui darah yang
tercemarsecara pemindahan darah atau perkongsian jarum suntikan. Di
antara tanda-tandanyaialah demam dan jaundis. Kesan penyakit ini adalah
serius di mana ia bolehmengakibatkan jangkitan hati yang kronik,
cirrhosis dan kanser hati. Program imunisasiHepatitis B bermula pada
tahun 1989.
(kombinasi difteria, tetanus, pertussis)
Difteria adalah radang pada selaput
hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh toksin(racun) yang dihasilkan
oleh bakteria Difteria. Kesannya adalah bengkak pada saluranpernafasan
yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan mungkinmenyebabkan
kematian. Penyakit difteria boleh dirawat dengan antibiotik.
Adalah penting untuk diberikan
antitoksin dengan segera bagi mengelakkan kerosakanberkekalan pada
jantung dan sistem saraf atau kematian. Hanya dengan pemberianimunisasi
sahaja dapat melindungi anak anda daripada penyakit difteria.
- Pertussis (Batuk Kokol) – vaksin DTP
- (kombinasi difteria, tetanus, pertussis)
Batuk kokol adalah penyakit berjangkit
yang disebabkan oleh bakteria pertussis yangmenjangkiti kerongkong dan
saluran pernafasan. Akibatnya adalah batuk yang teruk dankerap muntah
dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga 3 bulan walaupun
mendapatrawatan yang sempurna. Kematian akibat daripada penyakit ini
kerap berlaku di kalanganbayi berumur di bawah 6 bulan. Komplikasi
pertussis yang teruk adalah sawan tarik,pendarahan dalam mata, kerosakan
atau radang paru-paru dan kerosakan atau radangselaput otak
(meningitis).
- Tetanus (Kancing Gigi) – vaksin DTP
- (kombinasi difteria, tetanus, pertussis),
- vaksin T
Spora tetanus didapati di dalam
tanah. Penyakit tetanus boleh berlaku apabila terdapatluka yang
tercemar dengan spora tetanus. Tetanus juga tersebar melalui
penggunaangunting dan peralatan lain yang tercemar dengan spora tetanus.
Hanya imunisasi bolehmencegah penyakit ini.
- Polio (Poliomyelitis)- vaksin OPV
- (melalui mulut)
Polio disebabkan oleh virus Polio yang
menyerang sistem saraf. Penyakit ini menularmelalui tangan, makanan dan
air yang tercemar dengan najis dari orang yang dijangkitipenyakit polio.
Jangkitan polio biasanya menyerang sistem saraf ke otot dan ini
bolehmenyebabkan lumpuh. Kadangkala polio menyerang otot pernafasan
yang menyebabkankesukaran bernafas dan ini boleh membawa kematian.
Penyakit Hib disebabkan oleh bakteria
Haemophilus influenzae type b. Di Malaysia 30% -50% kanak-kanak di bawah
umur 5 tahun yang menghidap radang selaput otak(meningitis) adalah
disebabkan penyakit Hib.
Penyakit ini juga boleh mengakibat
kanak-kanak menderita keracunan darah (septisemia),radang paru-paru
(pneumonia), radang sendi (septic arthritis), radang epiglotis,
bengkakpada saluran pernafasan yang mengakibatkan saluran
pernafasan tersumbat dan bolehmenyebabkan kematian. Komplikasi lain
seperti ketidakupayaan, pekak atau kerosakanotak yang kekal. Hampir 10%
daripada kanak-kanak ini mati dan 30% lagi mengalamikecacatan otak yang
kekal, buta, pekak, Cerebral Palsy dan masalah pembelajaran
atautingkahlaku.Penyakit Hib dan Hepatitis B BUKANLAH satu penyakit yang
sama. Vaksin pencegahHepatitis B adalah disebut vaksin Hepatitis B
manakala vaksin penyakit Hib adalah disebutvaksin Hib.Penyakit Hib kerap
berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Risiko jangkitan
adalah paling tinggi di kalangan kanak-kanak berumur di bawah
1 tahun.Penyakit ini jarang berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun ke
atas.Pergaulan rapat dengan kanak-kanak yang dijangkiti Hib meningkatkan
risiko mendapatpenyakit Hib. Bakteria Hib disebarkan melalui titisan
ketika bersin atau batuk oleh merekayang dijangkiti penyakit Hib.
Penyakit ini juga boleh merebak melalui perkongsian barangpermainan yang
dimasukkan ke dalam mulut.Walaupun bayi yang menyusu susu ibu
sepenuhnya akan mendapat perlindungan daripadapenyakit Hib, imunisasi
masih diperlukan untuk mendapatkan perlindungan yang maksima.
(kombinasi measles,mumps, rubella)
Measles adalah penyakit yang disebabkan
oleh virus Measles. Penyakit ini bolehmenjangkiti sesiapa sahaja. Pada
amnya orang ramai melihat penyakit ini sebagai penyakityang tidak serius
tetapi pada hakikatnya penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasiyang
teruk seperti radang paru-paru, jangkitan otak (encephalitis), sawan,
jangkitantelinga yang boleh menyebabkan pekak, jangkitan pada mata dan
jika tidak dirawat bolehmenyebabkan buta serta kematian. Kematian kerap
berlaku di kalangan kanak-kanak
(kombinasi measles, mumps, rubella)
Mumps disebabkan oleh virus
Mumps. Tanda-tandanya adalah bengkak pada kelenjar airliur (parotid).
Mumps adalah salah satu penyebab radang selaput otak. Pada
kanak-kanaklelaki, mumps boleh menyebabkan radang buah zakar yang mana
boleh mengakibatkankemandulan. Selain itu, mumps juga boleh
mengakibatkan jangkitan otak dan pankreasserta pekak.
(kombinasi measles, mumps, rubella)
Rubella adalah penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh virus Rubella. Penyakit inidianggap ringan tetapi
kesannya pada ibu mengandung yang tidak pernah menerimaimunisasi rubella
akan menjadi serius terutama sekali pada kandungan trimester
pertamayang boleh mengakibatkan kecacatan bayi yang dikenali sebagai
Congenital RubellaSyndrome. Ini termasuk katarak, buta, pekak, jantung
berlubang, terencat tumbesarandan terencat akal.
Salah faham mengenai imunisasi bukanlah
perkara baru. Justeru itu, adalah penting bagikakitangan kesihatan
berpengetahuan dan arif agar dapat mengatasi keraguan dan salahfaham
yang timbul.
Imunisasi tidak berkesan.
Jika imunisasi tidak berkesan, maka
negara kita akan menghadapi wabak pelbagai jenispenyakit berjangkit.
Tidak semua individu mempunyai sistem daya tahan melawanpenyakit dan
tidak ada cara terbaik untuk kita mengenalpasti individu tersebut.
Makaadalah penting setiap individu diberi imunisasi lengkap supaya semua
individu mendapatperlindungan sepenuhnya.
Anak saya tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku.
Tidak benar - Imunisasi adalah penting untuk mempastikan anak anda sihat. Masih lagiterdapat penyakit berjangkit di Malaysia.
Anak saya boleh dilindungi dari penyakit berjangkit denganmenjauhi diri mereka daripada kanak-kanak yang lain.
Adalah tidak wajar dan tidak digalakkan untuk mengasingkan anak anda.
Sebenarnyabakteria/virus ini bukan hanya
dibawa atau disebar oleh kanak-kanak bahkan juga orangdewasa.
Contohnya, bakteria tetanus yang terdapat di dalam tanah juga dapat
menjangkitikanak-kanak melalui luka ringan yang sekaligus menyebabkan
risiko mendapat penyakittetanus.
Imunisasi adalah tidak selamat – risikonya lebih tinggi berbandingpenyakit itu sendiri.
Tidak benar – Imunisasi adalah selamat. Kesemua vaksin telah diuji
keberkesanan dankeselamatannya. Tahap kesan tindakbalas sampingan
terhadap imunisasi telah diuji danpemantauan berterusan dijalankan
walaupun vaksin itu telah diluluskan oleh pihak yangbertanggungjawab dan
juga Kementerian Kesihatan. Telah sedia maklum kebanyakanimunisasi
menimbulkan kesan sampingan yang ringan kepada kanak-kanak tetapi
iniadalah jauh lebih baik daripada mendapat penyakit itu sendiri.Soalan Yang Kerap Ditanya
Apa Itu Imunisasi
Imunisasi adalah satu cara melindungi
kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentusecara mudah, selamat dan
berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagipembentukan
antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Vaksin adalahvirus/bakteria
yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau
melaluimulut.
Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara:Aktif – Antibodi
diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.Pasif – Antibodi
diperolehi melalui imunisasiPenyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi adalah:
- Tibi
- Hepatitis B
- Polio
- Difteria
- Pertussis (Batuk kokol)
- TetanusMeasles (Campak)
- Mumps (Beguk atau bengkak di belakang telinga hingga ke dagu)
- Rubella
- Penyakit Hib (Haemophilus influenza type b)
- Tibi (Tuberculosis): Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitanpada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawamaut.
- Hepatitis B: Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronicliver disease) dan kanser hati
- Difteria: Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.
- Pertussis (batuk kokol): Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsidan boleh membawa maut.
- Tetanus: Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawakesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.
- Polio: Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaanfizikal atau kematian.
- Penyakit Hib: Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radangselaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglottis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
- Measles (campak): Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radangparu-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis),pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
- Mumps (beguk) mengakibatkan: radang otak (encephalitis), radang buahzakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
- Rubella biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkancacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesarandan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital RubellaSyndrome.
Anak anda perlu diberi imunisasi
untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit yang
boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakit-penyakit ini boleh
mengakibatkankomplikasi teruk dan membawa maut.
Bawalah anak anda untuk mendapatkan
imunisasi mengikut Jadual Imunisasi BaruKementerian Kesihatan Malaysia.
Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak anda mengikut jadual
imunisasi baru
Imunisasi adalah SELAMAT
Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya
Kesan sampingan yang teruk seperti demam (lebih daripada 38ÂșC), ruam diseluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku
Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan bawalah anak anda keklinik/hospital dengan segera.
Ya, boleh. Lebih daripada satu imunisasi
boleh diberi dengan selamat dalam masa yangsama. Imunisasi perlu diberi
di tempat berlainan seperti kedua-dua paha atau bahu.
Imunisasi boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami sakit ringan seperti demam, jangkitan telinga, batuk dan selsema.
Ya, anak anda boleh diberikan imunisasi mengikut jadual imunisasi yang ditetapkanwalaupun dilahirkan pramatang.
Credit info: KKM
No comments:
Post a Comment