Tuesday, 16 September 2014

Short Holiday Di Grand Lexis Port Dickson

Asal je nogori tapi tak penah nak explore kecantikan tempat sendiri. Dah anak 2 baru taw rupanya best jugak bercuti di PD tambah2 lagi kalau di sini. Kalau tak caya cer klik http://www.grandlexispd.com/ utk review apa yang best...macam promoter hotel plak kan?hehe

Sebenarnya aku tak penah taw pun pasal nak ke PD last weekend. My laki ajak teman p ukur kabinet kt Sepang & suruh packing siap2 barang nak balik Senawang. Katanya lah...Tapi tetibe terus drop kami kat lobby hotel.ha...best tak kena prank? aku pakai comot2 jek dgn baju2 pakai kt rumah je aku packing...adeh..redho je la..hukhukhuk. Padanlah aku rasa semacam je dgn tingkah laku my laki... Siap amek kepala ayam kat pasar lagi. rupanya nak p tangkap ketam.Lepas urusan checkin kt reception, kami dibawa menaiki buggy utk ke bilik. almaklum la bilik kat atas air gitu...terketap2 mulut Ecah naik buggy sambil ditiup angin laut...haha

Muka comot anak beranak...hehe
Otw kebilik tu memang dah teruja dah sbb tgk enviroment hotel yang cun! Masuk2 bilik lagi lah...Bilik ataih ayaq...siap ada private pool lagi. mana tak jenuhnya kami anak beranak berposing...haha. Jenis bilik kami, Premium Pool Villa - Above The Sea...

Some pic posing2 dalam bilik :-)
Lepas posing2 petang tu kami jalan-jalan sekitar hotel sambil tengok sunset tapi tak nampak sebab awan tebal...

Ecah Syok Jalan2... o_O
Alkisah menangkap ketam, memang excited la si hazeeq dapat tengok live...1st time kot bagi pendedahan macam ni. Nampak die mmg have fun sangat bercuti kali ni. Hasil tangkapan mengunakan kepala ayam not bad jugak...hasilnya 32 ekoq habaq hang! tambah bulan penuh plak mmg isi gebu gebas je...

Hasil tangkapan pertama...
Malam harinya my laki spend time memancing. Lepas gian katanya setelah hampir setahun stop akibat perbuatannya terhadap diriku... dalam istilah lain, aku mengandung.hehehe. Tapi tak dapat sekoq pon. Nasib baik ada ketam2 sebagai pengubat kekeciwaan beliau.

Taraa....inilah buktinya 32 ekor ketam. Pelbagai saiz gitu.hehehe
Lepas berholiday kat sini kami singgah senawang, ke rumah org tuaku... kemain excited ayah den tengok kotam hidup2.. Cepat je dia siangkan & beli bahan untuk mak den masak Kari Ketam...ha...soooodapppp!

Insyallah kami akan kesini lagi dengan planning yang lebih proper. Tak payah la nak prank sangat k!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...