Tuesday, 29 January 2013

6 Tips Mencegah Rahim Jatuh

  1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
  2. Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
  3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik.Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
  4. Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
  5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
  6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi
Senaman untuk Otot Lantai Pelvik

Senaman otot lantai pelvik boleh dilakukan dengan aktivit-aktivit yang lain seperti menonton televisyen, menyeterika baju, malah ketika anda rileks menjadikan rawatan untuk pundi kencing ini antara yang tidak menyusahkan dan efektif.

Otot lantai pelvik anda memerlukan berbagai-bagai jenis senaman untuk menggerakkannya dan antaranya adalah senaman jenis cepat, dan senaman jenis perlahan. Senaman jenis cepat adalah senaman di mana otot anda diperketatkan dengan segera kemudian kembali rileks, dan senaman jenis perlahan adalah senaman di mana otot lantai pelvik anda diketatkan dengan sekurang-kurangnya selama 10 saat kemudian kembali rileks, like cardio and weight work at the gym.

Bagaimana untuk Melakukan Senaman untuk Otot Lantai Pelvik Anda

Setiap otot lantai pelvik harus diketatkan dengan sekuat hati kerana hanya cara tersebut otot akan kembali kuat dan menambahbaikkan keadaan anda.
  1. Mula-mula sekali berdiri, duduk atau baring dengan kaki anda dijarakkan sedikit dan otot-otot peha, punggung dan abdomen direhatkan.
  2.  Ketatkan otot-otot di permukaan hadapan dan belakang anda dan gerakkan otot ke atas.
  3. Lakukan sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali secara cepat.
  4. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari.
  5. Anda boleh lakukan senaman ini ketika menonton televisyen, membaca buku, malah ketika berada di dalam kesesakan trafik.
Nota: Ketika melakukan senaman ini:
  • Jangan tahan nafas anda 
  • Jangan tolak ke bawah tetapi tekan dan tolak ke atas
  • Jangan ketatkan otot-otot perut, punggung dan peha anda 
  • Jangan lakukan senaman ini terlalu kerap pada percubaan pertama, tetapi menambahkan bilangan senaman secara beransur-ansur.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...