Tuesday, 18 December 2012

Al-Kisah Hazeeq Di KPJ

Assalamualaikum. Lega rasanya bila tengok anak kembali ceria & aktif seperti biasa. Minggu lepas, aku & hubby di uji lagi dengan kesihatan anak yang agak terjejas.
Mungkin proses my little hero untuk membesar. Aku redho atas ujian ini walaupun ada je mulut-mulut sinis yang mempertikaikan kesihatan anakku berpunca dari ketidakserasian supplement yang aku ambil.
Oklah, nak jadikan cerita, aku mengakui mungkin ada kesilapan dari diriku sendiri kerana tidak mengambil langkah pantas untuk refer anak  ke hospital. Dua hari berturut-turut aku hanya refer klinik sahaja walaupon suhu badan anak menjangkau 40°c.
Memandangkan dah masuk hari ke 3, aku buat keputusan untuk ke Hospital Putrajaya tapi malangnya tiada ward then anak hanya dibekalkan dengan antiviral. Malam tu, suhu anak masih tiada perubahan & saya terus ke KPJ Kajang.
Ujian Darah, sample flu & Xray dilakukan serentak malam tu kerana kondisi anak yang makin lemah.
Alhamdulillah, aku selesa sangat menjaga Hazeeq di ward memandangkan keprihatinan kakitangan disana.

Terlentang sementara mama packing barang untuk ke hospital
Hazeeq beransur pulih & semasa disana, doktor menasihatkan supaya fisioterapi buang kahak dilakukan bagi mengelakkan infection kepada peparu anak & peparu berair.

kenangan di ward
So aku nak share skit cara-cara Fisioterapi Buang Kahak dilakukan.

Sesi sedut gas Nebulizer
  1. Bayi akan diberi sedut gas Nebulizer untuk mencairkan kahak
  2. Bayi akan diminta puasa 3jam sebelum prosedur menyedut keluar kahak dilakukan
  3. Memulakan teknik tepukan percussion iaitu dengan menepuk belakang badan selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka


teknik tepukan percussion
     
    4. Bantuan alat untuk menyedut kahak dilakukan.

Hampir 3 hari hazeeq di ward. Terima kasih atas jagaan rapi doktor & nurse di KPJ selama Hazeeq disana. Makanan pon sangat la sedap.siap boleh order lagi nak makan ape.hehe..hilang penat bila dapat layanan VVIP ne..huhu
Antara menu lunch yang aku order o_O

Also nak wish terima kasih juga aku ucapkan pada yang mendoakan kesihatan my little hero ni.
Secara kesimpulannya, kita sebagai ibu & bapa kepada bayi perlu lebih peka & melakukan tindakan pantas sekiranya suhu anak melebihi 37°c. antara perkara yang perlu ada standby di rumah ialah:-


  1. Termometer
  2. Kool Fever
  3. Ubat peluru ( yang masuk ikut bontot baby)
  4. Paracetamol, Salbutamol etc yang dirasakan perlu
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...