Friday, 23 November 2012

Jom Power Pumping!


Asslamulaikum semua! Alhamdulillah kesihatan My Little BAmbam makin baik. Syukur...Walaupon masih berbekas dengan kesan campak haritu. Insyallah next entry saya akan sharekan mengenai produk yang membantu saya dalam proses mengurangkan parut campak. Untuk harini, saya nak bantu rakan-rakan saya yang banyak bertanya mengenai PowerPumping. So saya jadikan entry untuk memudahkan anda semua mempelajarinya kelak. PowerPumping ni saya penah lakukannya & berhasil kurang dari 2 minggu. Mungkin hasil setiap individu berbeza ye tapi tak salah kita nak cuba kan?


 Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang memerlukan Power Pumping?


  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang perhasilan susu
  • Ibu yang ingun relaktasi/menyusukan semula di anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormom, period, kurang mengepam etc.


Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Simgle Pump - 
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam

Untuk Double Pump - 
Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu.
Contoh paling mudah untuk memudahkan pemahaman ialah begini:

Power Pumping di mulakan pada jam 12 malam...

1) Pam pertama = Dari jam 12.00 hingga 12.10 minit
2) Berhenti pam = Dari jam 12.10 minit hingga 12.20 minit
3) Pam semula = Dari jam 12.20 minit hingga 12.30
4) Berhenti pam = Dari jam 12.30 minit hingga 12.40 minit
5) Pam semula = Dari jam 12.40 minit hingga 12.50 minit
6) Berhenti Pam - Dari jam 12.50 minit hingga 1 pagi
 
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Mommies jangan ingat sekali buat terus susu jadi byk yer. Power pumping memerlukan masa sekurang²nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik atau "pam angin' semata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaallah dipermudahkan olehNYA. Satu lagi, oleh kerana kekerapan masa pengepaman ini sepanjang power pumping ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan tupperware yg kedap udara & letak kat dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah)...

Apa yang anda perlu lakukan untuk membantu misi 'power pumping' berjaya?
  • Makan supplement atau makan makanan bernutrisi. Actually supplement ni sebagai pelengkap nutrisi bagi ibu-ibu yang susah@tak cukup masa nak lengkapkan nutrisi makanan seharian.
  • Jangan berdiet, maknanya makan sedikit tapi kerap & jangn biarkan perut kosong.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 Liter/day
  • Jangan stress
  • Fikirkan bayi anda perlukan susu ibu untuk tumbesaran yang sihat
Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding!!!

Bagi yang ingin chat secara terus dengan saya, boleh add admin di Noorly Shaklee

Boleh juga PM Admin | SMS/ WhatsApp/ Call 019-6724650 (Noorly) | mamahazeeq2012@gmail.com

Your Shaklee Independent Distributor.
Noorly (Shaklee ID: 893753)  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...