Friday, 17 October 2014

Indahnya Bercuti Di Pulau Mabul...


Alhamdulillah planning my laki utk bawa familynya berjaya. Walaupon tak semua yang join, tapi kami semua enjoy sgt sampai pening terhuyung hayang... Ni semua penangan teman my laki p scuba diving... Ombak kuat dat time & kami tunggu almost 40minit gitu atas bot. Mmg 2-3hari gak la terasa mabuk2.haha...

Sebelum ke Mabul mmg my laki dah siapkan tentatif program utk memanfaatkan masa dengan aktiviti sebaik mungkin. Uols yg plan nk g Mabul Island boleh la refer tentatif kitorg ni...

11.10.14(Sabtu) 
06.30am pagi bertolak dari kajang ke KLIA 2.(pilihan lain- parking di putrajaya dan menaiki tren ke KLIA 2)
08.30am tiba di Terminal KLIA 2. 
10.05am berlepas dari KLIA 2 ke lapangan terbang Tawau. 
12.55pm tiba di Tawau. 
01.30pm menaiki Van sewa ke Semporna. 
02.45pm tiba di jeti Semporna. 
03.00pm check in di dragon inn. 
04.00pm berjalan-jalan sekitar pekan semporna. 
07.30pm makan malam di sekitar pekan semporna. 
09.00pm balik hotel n berehat. 

12.10.14(Ahad) 
06.00am sarapan pagi. (sabah awal sejam jadi pkul 6 pagi dah cerah)
07.30am perjalanan diteruskan ke Pulau Mabul menaiki bot yang telah disediakan oleh tempat penginapan. 
08.30am tiba di uncle chang. 
09.00am boleh pusing2 dkt area uncle chang. 
10.30am snokeling @ diving di pulau mabul dan sekitar. 
12.00pm makan tengahari. 
02.30pm aktiviti snokeling dan diving diteruskan. 
04.00pm melawat kawasan kampung bajau. 
08.00pm makan malam. 
09.00pm aktivi bebas. tido. 

13.10.14(Isnin) 
06.00am sarapan pagi. 
07.00am mandi manda  snorkeling trip sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. 
09.30am siap sedia barangan untuk berangkat pulang. 
10.00am menaiki bot ke Jeti Semporna. 
12.00pm bertolak dari Jeti Semporna ke lapangan terbang Tawau menaiki Van sewa. 
02.00pm tiba di lapangan terbang Tawau. 
03.40pm berlepas dari lapangan terbang Tawau. 
06.30pm tiba di terminal KLIA 2. 
07.00pm berangkat pulang ke destinasi masing-masing.

3 hari bercuti di Mabul, mmg aktiviti almost refer pada tentatif je just waktu berlepas dari Tawau Airport je agak lewat. Our Journey start pagi Jumaat. Berkumpul di ERL, Putrajaya sbb parking kereta kat situ sgt murah...RM12 utk 3 hari compare dgn park kt KLIA 2 RM48/day...huh...jimat seyh... Tiket ERL ke KLIA2 sehala plak RM6.20/pax utk adult & RM3 utk kanak-kanak.

Sekitar Stesen ERL & Dalam train

Perjalanan naik ERL ke KLIA2 tu lebih kurang 10min je... Sesampai je kat KLIA2 kitaorg masukkan luggage dulu. Sekarang tak payah nak checkin kt kaunter da...Web checkin siap2 & print boarding pass je...
Penaja Utama percutian di KLIA2 & dlam flight :-)

Environment KLIA2 tak macam airport da..memang macam shopping mall. Serius tak boring kalau flight delay ke...haha...
Setibanya Di Tawau Airport, driver van da tunggu utk ke Semporna. Perjalanan dekat 1 jam jugak la. Ktorg punya aktiviti dalam perjalanan adalah MAKAN.haha...Lapar kot memasing... Nasib baik my mertua bawak bekal makanan macam2...
Sampai Semporna, ktorg terus checkin kat Dragon Inn Hotel. lepas rest, mandi & solat ktorg jalan2 sekitar hotel. tgk ikan & apa lagi...posing2 jela kojo nyo...hehe.

Posing2 di Area Dragon Inn Hotel Semporna

Petang tu jalan2 kat Pekan Semporna plak & dinner siap2 then balik rehat kat hotel. Kena rest awal sebab esoknya nak gerak awal ke Pulau plak.

Atas bot..Nice view & subhanallah :-)

Pagi Sabtu yang indah, kami sekeluarga menaiki bot utk transit ke Pulau Mabul. Perjalanan lebih kurang 1 jam utk sampai ke Chalet Uncle Chang. My laki amik full package di Uncle Chang...siap makan semua la...

sekitar Uncle Chang Chalet...
Dah nama pun duduk pulau.kalau tak pekena seafood mmg tak sah kan? Kalau ke Mabul, jangan risau, nanti memang ada pelaut terdiri dari penduduk kampung Bajau Laut yang datang di Chalet utk menjual hasil tangkapan. so kita boleh pilih fresh2 & siap boleh nego price lagi. Bayangkanlah kami dapat beli 9 ekor lobster dengan harga RM250 je. hehe...memang pesta lobster ktorg malam tu. siap dapat freegift ketam lagi.

NAh...amik ko lobster selambak! yg bawah ni gambar pelaut tgh promote hasil tangkapan...
Kalau dah beli makanan laut, boleh upah tukang masak kat dapur chalet utk buat menu pilihan kita., Harga utk 1 menu rm15 je.  Untuk dinner kami decided buat 3 menu iaitu Lobster Masak Butter Milk, Lobster Masak Halia & Ketam Masak 3 Rasa. Memang heaven gila la makan seafood! sampai nasi tak bersentuh.hehe.


Makan2 Time!
Dah citer pasal makan, now kita story pasal aktiviti pulak... Sebelah petang kami menjengah sekitar kampung berdekatan. Kampung nya tak la besar sangat. tak sampai sejam pon jalan kaki dah habis round.hehe..
Perkampungan atas air
Disebabkankan bawak anak kecil so aku tak join venture my laki untuk snorkeling & scuba diving...myb next time kalau anak2 dah besar baru boleh..
Semoga percutian keluarga ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga & dapat jugak memberi kesegaran minda kami seisi keluarga. Amin


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...