Minggu ni saya agak membusykan diri untuk cari taska buat anak tersayang. Hopefully pencarian saya akan berakhir...Insyallah...Macam-macam usaha saya dah lakukan tapi masih belum berhasil. Pencarian ni bermula lepas my Babysitter terpaksa pindah ke Penang. Ya Allah, Hanya tuhan aja yang mengetahui betapa saya sukar untuk melepaskan BS yang lama. Saya sangat-sangat selesa dengan cara dia handle my baby tapi apakan daya, pertemuan kami tak lama. Saya doakan Kak Sharifah bahagia dengan kehidupan di tempat baru...
Penderaan Kanak-Kanak Taska Permata Kota Masai...sedihnya... |
Kat sini saya nak share sikit antara kritirea yang perlu dititik beratkan dalam pencarian taska. Semoga ianya memberi pengetahuan buat mommies diluar sana ek ;-P
kemas,ceria & bersih |
1. Pilihlah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
2. Pastikan sijil Perakuan Pendaftaran Asal dipamerkan di tadika tersebut.
3. Pastikan juga pengasuh yang ditugaskan di taska tersebut adalah warganegara Malaysia – bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik di kemudian hari.
4. Ibu bapa juga perlu memastikan para pengasuh yang dilantik sudah mengikuti Kursus Asas Asuhan kanak-kanak
5. Nisbah pengasuh terhadap kanak-kanak
- 1:3 (seorang pengasuh untuk 3 kanak-kanak usia 0-1 tahun)
- 1:10 (seorang pengasuh untuk 10 kanak-kanak usia 3-4 tahun)
6. Aktiviti taska – pastikan aktiviti yang dijalankan di taska merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh
7. Buaian tidak digunakan bagi menidurkan bayi – ini untuk mengelakkan berlaku kemalangan seperti terjatuh dari buaian atau lemas di dalam buaian akibat tertindih bantal semasa tidak diawasi oleh pengasuh.
8. Persekitaran taska bersih, selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.
Kesimpulannya, ibu bapa boleh menggunkan khidmat taska untuk anak-anak namun tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab 100% kepada pengasuh terbabit. Anda sebagai ibu bapa harus sentiasa menjadi pembimbing bagi anak-anak & doakan misi saya untuk mendapatkan taska berjaya!!!
No comments:
Post a Comment