Ibu-ibu
yang baru melahirkan anak, rata-rata akan merasa risau atau takut susu
badan tidak cukup. perasaan-perasaan negatif ini akan mempengaruhi hasil
susu ibu yang akan dihasilkan. akhirnya susu ibu tidak keluar atau
tidak cukup semasa awal kelahiran bayi.
teknik
hypnobreastfeeding ini adalah teknik yang akan membantu ibu-ibu dalam
penghasilan susu ibu yang cukup untuk bayi yang baru dilahirkan. teknik
hypnobreastfeeding dilakukan dengan menggunakan minda separa sedar,
dengan menanam kata-kata positive seperti 'aku boleh susukan anak aku'
'susu aku banyak' 'aku hanya susukan anak aku dengan susuku sendiri'.
apa-apa
sahaja kata-kata postive yang ditanam akan diserap masuk ke dalam minda
dan akan menyebabkan ketenangan fikiran, seterusnya melahirkan perasaan
gembira. pemikiran yang tenang dan perasaan yang gembira amat penting
dalam menjayakan penyusuan bayi.
''The important thing is peace of mind. Peace
of mind is important to produce enough milk,''said Lanny Kuswandi,
hypnobirthing expert and Compass hypnobreastfeeding when found in the
Pro V Male Clinic.
hypnobreastfeeding
adalah satu perkara yang semulajadi atau natural, dengan hanya
menggunakan kata-kata semangat yang ditanam di minda separa sedar, susu
ibu yang cukup akan dihasilkan untuk bayi tercinta.
bila
dan bagaimana teknik hypnobreastfeeding ini dapat dilakukakan? melihat
atau mendengar nafas atau dengkuran bayi dapat mencetuskan perasaan
kasih dan cinta kepada bayi yang kita lahirkan, seterusnya berazam untuk
menyusukan bayi dengan susu ibu tanpa sedikitpun susu formula. teknik
ini juga boleh dilakukan ketika ibu-ibu berehat atau sebelum tidur,
pejamkan mata dan ulang kata-kata semangat untuk menyusukan cinta hati
kita.
"Listen to baby, look at snoring breathing. There
will be baby-bonding or affection that will trigger the endorphin
hormone (hormone that makes peace, RED) so that the body was not tense" Lanny Kuswandi
"If
you've awakened the positive intention of the mother, then the mind
will become calm, all the cells will become more healthy, and producing
enough milk for their infants until the age of 6 months. Actually''exclusively breastfed infants up to two years. For baby's brain develops most rapidly at this age'' Lanny Kuswandi
pemikiran
yang tenang dan perasaan yang gembira ini perlu dikekalkan,
seboleh-bolehnya cuba untuk elak perasaan sedih, stress, sakit ketika
menyusukan atau ragu-ragu untuk menyusukan bayi kita. untuk mengelak
perasaan negatif ini, ibu-ibu mungkin boleh mendengar muzik-muzik yang
menenangkan, ataupun yang lebih elok lagi dengarkan alunan ayat-ayat
Al-Quran. insyaallah hati dan perasaan yang tak baik akan hilang.
minda separa sedar adalah sesuatu yang amat hebat yang dijadikan oleh Allah. minda separa sedar
berkuasa untuk menghasilkan keyakinan diri yang tinggi, yang akan
membolehkan ibu-ibu menyusukan anak sehingga selama yang telah
ditentukan.
ingat
perasaan yang indah, tenang dan gembira akan menentukan tindakan kita.
oleh itu, ibu-ibu gembiralah selalu dan tanam kata-kata semangat, agar
niat kita yang suci ini akan dapat ditunaikan. insyaallah.
No comments:
Post a Comment