1. Sebelum bersalin anda disarankan membuat persediaan untuk
mempelajari asas dan teknik penyusuan yang betul. Kelas persediaan
penyusuan ibu adalah terbaik kerana anda dan suami dapat mempelajarinya
dengan menyeluruh.
2. Mulakan penyusuan seawal mungkin sejurus kelahiran kerana ketika
itu payu dara masih dalam keadaan lembut dan susu awal yang dihasilkan
masih dalam kuantiti yang sedikit. Jika anda mengambil spinal atau
epidural, ia lebih mudah tetapi bagi yang menggunakan bius seluruh
badan, minta doktor atau jururawat untuk meletakkan bayi di dada anda.
Pastikan bayi dan anda berada dalam keadaan selesa dan diselimuti kerana
suhu di bilik pembedahan sangat sejuk.
3. Pastikan baby rooming in bersama anda. Kerapkan penyusuan mengikut
keperluan bayi. Biasanya, bayi menyusu lebih kurang 8 hingga 12 kali
dalam 24 jam. Jika anda menggunakan bius seluruh badan atau separa, bayi
akan lebih mengantuk. Oleh itu, bantu dia untuk bangun menyusu terus
daripada payu dara dan rangsang payu dara dengan menggunakan tangan atau
pam.
4. Posisi yang paling sesuai adalah posisi sambil berbaring dan anda
berada dalam keadaan mengiring dengan bantal-bantal diletakkan di
belakang, celah kaki dan di dada. Anda hanya perlu tinggi atau rendahkan
bantal supaya bayi boleh mendapat kedua-dua belah payu dara tanpa
perlu menukar arah. Ketika ini, pastikan anda mendapat bantuan daripada
sesiapa yang ada berhampiran.
5. Selepas pembedahan, anda biasanya akan terbaring di katil kerana
masih berasa sakit di bahagian luka pembedahan. Anda tetap disarankan
untuk bangun dan bergerak dalam tempoh 24 jam supaya cepat sembuh. Untuk
bangun dari katil hospital, gunakan penghadang di sisi katil sebagai
sokongan. Jika di rumah, anda boleh mengikat kain panjang di hujung
katil dan gunakan kuasa tangan untuk menarik kain tersebut dan bangun.
6. Dapatkan tali pinggang sokongan atau bengkung yang berpelekat
untuk memberi sokongan pada perut dan belakang agar memudahkan anda
berjalan.
7. Gunakan bantal menyusu supaya dapat membantu anda untuk mengurangkan sakit di perut ketika menyusu.
8. Di antara waktu menyusu, pelbagaikan aktiviti sentuhan kulit ke
kulit dengan bayi. Sentuhan berpanjangan akan menambahkan keakraban yang
secara tidak langsung meningkatkan tahap hormon yang bertanggungjawab
menghasilkan susu. Anda boleh meletakkan bayi di dada sambil berbaring
(ikatkan dengan tuala agar bayi tidak jatuh ke tepi).
1 Hari 1 Tazkirah: Dari Uqbah bin ‘Amr r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang berwudhu’ dengan sempurna kemudian menuju ke masjid dan duduk menunggu untuk bersolat maka malaikat yang mencatit kebaikan akan datang mencatit dimana setiap langkah dia berjalan diganjari dengan sepuluh kebaikan. Orang yang duduk menunggu solat adalah seumpama orang yang beribadat. Semenjak dia keluar daripada rumahnya sehinggalah dia kembali adalah dikira sebagai orang yang sibuk bersolat. (Musnad Ahmad)
No comments:
Post a Comment