Bilirubin adalah bahan kumuhan (metabolit) yang dihasilkan daripada penguraian normal sel darah merah di dalam badan dan disingkir dalam hempedu.Hasil penguraian oleh sel darah merah diproses oleh hati dan pundi hempedu. Penyakit demam kuning (Jaundis) ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan
APA SEBABKAN JAUNDIS?
======================
Bilirubin merasal dari sel darah merah. Apabila sel darah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.
ADAKAH JAUNDIS BAHAYA
=======================
Kebanyakan jaundis adalah mild jaundis dan ianya akan hilang sendiri dan bersifat sementara. namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan bilirubin terlalu tinggi boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu awasi tanda-tanda jaundis dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
Jaundis berlaku dalam 50%-70% pada bayi yang baru lahir. Tiada cara yang khusus untuk mengelakkan tapi mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu mengelakkannya menjadi lebih teruk.
BAGAIMANA MENCEGAH JAUNDIS?
==============================
- Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas kelahiran.
- Bertanyalah pakar laktasi cara-cara menyusu dengan baik. Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup.
- Susukan bayi dengan kerap. Tidak perlu jadual yang khusus semasa hari-hari dan minggu terawal.Susukan bayi bila-bila masa yang dia perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali sekurang-kurangnya.Ini kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk
- Susukan bayi dengan susu ibu 8-12 kali sehari. Makin banyak bayi minum, makin banyak proses pembuangan dan secara tidak langsung dapat menyingkirkan bilirubin.
- Jangan makan sebarang jamu semasa anak jaundis kerana jamu bersifat panas & boleh meningkatkan bacaan kuning anak.
No comments:
Post a Comment