Tanda -Tanda Bayi Menerima Susu Ibu Yang Cukup
Kejayaan menyusu ditandakan dengan bayi yang mendapat susu ibu yang cukup, sesuai dengan keperluannya. Anda boleh lihat beberapa tanda yang akan berlaku keatas bayi anda seperti:-
- Bayi kencing 6-8 kali sehari.
- Berat naik sekitar 500g per bulan
- Bayi kerap menyusu lebih kurang setiap 2-3jam sekali atau 8-12 kali sehari
- kelihatan sihat, aktif & lincah
Tetapi, ibu-ibu tidak perlu khuatir jika berlaku beberapa gejala dalam tempoh penyusuan. Ini kerana, keperluan susu ibu akan bergantung pada peningkatan usia & keperluan badan. Antara gejalanya ialah:
- Bayi kerap menyusu (bergantung kepada metabolisma bayi, jantina, iklim etc)
- Bayi anda kelihatan lapar sedangkan usianya belum lagi sesuai untuk diberikan makanan pejal pertamanya. Perlu difahami usus bayi anda masih belum bersedia menerima makanan dibawah usia 6 bulan & bayi anda kelihatan lapar disebabkan kebolehan sistem pencernaan yang baik.
- Jangan bandingkan keperluan susu bayi anda dengan bayi yang lain kerana bayi adalah individu yang unik & terdapat variasi yang luas.
- Peningkatan kekerapan penyusuan secara tiba-tiba
- Tempoh bayi menyusu menurun. Ini disebabkan kemahiran bayi anda menyusu makin terserlah dengan mendapat kuantiti yang mencukupi berbanding semasa tempoh bayi anda belajar meyusu.
- Bayi menolak susu & sebagai ibubapa, kita harus prihatin untuk mengetahui puncanya seperti akibat selesema @ tumbuh gigi.
- Bayi kelihatan gelisah semasa proses penyusuan berlangsung mungkin kerana bayi berasa kurang selesa akibat kepanasan @ kesejukkan
- Payudara ibu kelihatan kendur & mengempis kerana payudara telah dikosongkan
No comments:
Post a Comment