Istilah saintifik psikologi untuk masalah kencing malam atau bedwetting ini adalah ‘enuresis’. Ia adalah satu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal pengeluaran air kencingnya. Biasanya jika seseorang itu sudah dewasa dan sepatutnya sudah selayaknya dapat mengawal pengeluaran air kencingnya tetapi gagal untuk melakukannya, maka anda tergolong dalam ‘enuresis’. Sebahagian anak-anak kecil pada awalnya memang susah untuk menyesuaikan dirinya.
Bagi
anak-anak yang meningkat dewasa latihan dan galakan perlu diberikan
kepada anak-anak ini. Pakar psikologi juga ada membuat satu kaedah carta
bintang di atas kalendar. Setiap kali malamnya iaitu tiada kencing
malam, maka satu bintang untuk tarikh hari itu. Jika kencing malam,
tiadalah bintang atau simbol lain. Jika kiraan bintang itu mencapai
target, maka berikan hadiah untuk menghargai usahanya sehinggalah
bulan-bulan berikutnya semua bintang penuh di kalendar. Kadangkala ibu
bapa terpaksa memakaikan lampin untuk anak-anak mereka apabila mahu
tidur malam kerana masalah kencing malam ini.
Namun,
sebenarnya cara ini kurang mendidik anak-anak kita. Maka, sebagai ibu
bapa perlulah berkorban sedikit masa dan tenaga untuk mendidik anak-anak
kita. Sebelum anak-anak tidur pastikan mereka sudah membuang air
dahulu. Beri galakan sebelum tidur supaya bangun malam apabila terasa
seperti mahu membuang air. Dengan cara ini kita telah mengajarnya untuk
diingati bahawa perlu bangun malam apabila mahu membuang air kecil dan
bukan di atas tilam.
Beri
pujian apabila anak-anak berjaya tidak kencing di atas tilam. Boleh
juga menggunakan carta bintang jika mahu. Satu lagi, puan boleh
mengejutkan (jika mampu) anak di tengah-tengah malam untuk bangun
membuang air kecil. Dengan cara ini, kita melatih anak-anak kita untuk
bangun malam apabila terasa seperti mahu membuang air kecil.
Kalau
boleh gunakanlah tilam yang nipis atau comforter supaya tidak terlalu
terbeban untuk membasuh tilam yang tebal. Yang paling mustahak, berikan
galakan dan motivasi dan bukannya mengejek atau memarahinya di hadapan
kawan-kawannya atau adik-beradiknya. Ia akan hanya membuatkannya malu
dan kurang keyakinan diri sehingga menyebabkan masalah kencing malamnya
berlarutan.
5 panduan atasi anak kencing malam
===================================
- Jumpa doktor bagi menghentikan permasalahan ini jika anak anda berusia enam atau tujuh tahun. Ujian akan dijalankan bagi memastikan anak bebas daripada masalah jangkitan pundi kencing.
- Jangan hukum anak kerana ini memberinya lebih banyak tekanan. Kanak-kanak ini tidak upaya mengawal tabiatnya dan hukuman akan menjejaskan jati dirinya.
- Hormati hak peribadinya - kanak-kanak malu kerana kencing malam dan tentu dia tidak mahu orang lain juga tahu mengenai masalahnya.
- Latih anak bangun malam untuk kencing. Amalan setiap malam akan mendidik akal dan tubuhnya untuk bangun membuang air kecil sebelum dia kencing di katil.
- Berfikiran positif dan sabar. Beritahu diri anda yang usaha si anak menghentikan tabiat ini memakan masa. Sikap kurang sabar hanya menjadikannya lebih tertekan.
No comments:
Post a Comment