Monday, 30 June 2014

Anak Kedua Hafiz&Noorly

Semalam adalah semalam...hehe...Semalaman tidoq sensorg kat ward memang membosankan.
Ikutkan my due on 27 Mei 2014 tapi tanda-tanda utk melahirkan sudah terasa & admitted sbb bacaan CTG tak stabil katanya & jalan dah buka 3cm.

Dalam kesakitan, terasa keterujuaan menyambut seorang lagi amanah yang Allah pinjamkan. Kat Hospital Putrajaya inilah menjadi saksi lahirnya puteri kesayangan kami suami & isteri. Alhamdulillah...

Acttly aku mmg decided nak bersalin kat Putrajaya since 1st baby tapi tak kesampaian. So my 2nd baby tu aku amik pakej FPP (Full Paying Patient) utk bersalin. Dari checkup sampailah bersalin semuanya dikendalikan oleh Doktor Pakar Sahaja. Layanan mmg tiptop ler sbb berbayarkan...hehe
Tapi serius ni...mmg kalau amik FPP ni korang akan rasa berbaloi sesangat. Aku di pakarkan oleh Doc Hazim tapi kebetulan masa nak due ni Doc aku p buat umrah plak so digantikan oleh Doc Hamidah...Sebenarnya best jugak sbb endup doaku termakbul juga utk bersalin disambut oleh Doc pompuan.hehe

Since dah kene ward ni mmg jadi rutinlah mencheck jalan & heartbeat baby also CTG. huh...mmg mencabar betul la...yelah nak berjihad bukan senang kan?
Husband aku tak temankan aku macam 1st baby sbb takut jalan buka lambat. Tak silap Hazeeq dlu dekat 1week still 2cm. Tp ptg mmg dia promise nak datang. Tengah2 tahan sakit on-off ni tekak ni tetibe terasa nak KFC plak so sempat lagi Wassup my husband utk belikan.hehe. Around pukul 4pm camtu tetibe air ketuban pecah sendiri, so kelam kabut ler nurse panggil Doc pakar...aku pon seriau jgk dat time.
sempat lagi my laki snap pic dalam labour room.huhu
Lepas doc check, dia suruh tukar baju utk get ready ke Labour Room & inform husband. Apa lagi laki den dgn lajunya pecut bersama-sama KFC.huhu. Nak jadi citer, mmg tak sempat pun layan KFC sbb laki aku tinggalkan plak dalam keta. So dalam labour room, macam biasa sementara tunggu bukaan 10cm, kami sembang2 sesambil dalam hati berzikir. Sakit makin kerap dah...tapi masih dalam kawalan. Nurse jap2 datang offer 'epidural' tapi aku tak nak sebab nak try my best utk bersalin secara normal tanpa bantuan. Aku percaya, hanya Allah tempatku bergantung & sebaik2 bantuan hanya dariNya...

Dalam pukul 6pm camtu, ada nurse datang lagi bagitaw ada family datang kat luar & nak jumpa husband saya. Rupanya my husband punya makcik datang bawak mangga Harumanis dah siap potong ok..hehe...acttly mase kat kampung ada la ak story2 pasal lakiku sibuk cari harumanis. Aku tak teringin pun...maybe dia la kot yang mengidam.
Dengan slamber, lakiku seludup bawak masuk mangga Harumanis dalam labour room...sempat la jugak kami bersuap-suapan sampai habis sebekas.haha

Bila dah masuk pukul 7pm mmg rasa sakit berguling2.resah gelisah semua ada. Masuk je maghrib, aku suruh husband p solat dulu. dekat 3jam jugak la berguling2 atas katil. Finally lahirlah puteri yang diberi nama 'Nur Aeeshah Haifa Binti Muhamad Hafiz' tepat jam 9.08pm pada 26 Mei 2014. Dekat 7 kali push jugak la. mmg sehabis tenaga & kudrat. Alhmdulillah semuanya selamat. yeah!!!

Detik Di Iqamatkan
Malamnya husband tidoq sama kt ward & malam tu dinner pukul 12am bersama sambil menjamu KFC yang dah sejuk kejur tuh.haha

Ready dah mandi & nak balik kajang!Yeah!!!
Esoknya boleh dah discharged sbb tiada masalah apa-apa. Hari ke-4 berpantang, tali pusat baby dah tanggal & my MIL suruh cukurkan rambut.jadilah mudak motak...hehe. Dalam seminggu berpantang mmg my MIL & FIL yang jaga dikediaman rasmi kami di Kenaria Kondominium, Kajang.hehe.. Tq Mak & ayah!!! Ekpresi Hazeeq bila jumpa adik utk pertama kalinya macam blur2 gitu. haha

Hazeeq tinjau2 Ecah for 1st time meet...hehe
Lepas cukur tu nurse mai check kt rumah & detack ada kuning. So g check kt KK mmg ada tapi tak tinggi bacaan 10 tapi depa suh mai esoknya lagi...Esoknya makin tingi...dekat 3 kali jugak la ulang alik KK utk amik darah, tapi sedihnya hari ke 9 my princess kena admit NICU & dok bawah lampu. Sempatlah mamanya rasa exprience naik ambulans utk transitkan ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia (PBBR) kat presint 8. Nasib semalam je ceheckin kt situ. Lepas keluar ward kami just bawa followup KK je la sampai jaundies clear.  Hampir 1 bln nak bagi clearkan jaundies, mmg sedih & musim berpantang kali ini memang amatlah memenatkan tapi insyallah di setiap kesukaran, ada kemudahannya kelak...

Semasa Di NICU




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...