Sunday, 4 November 2012

Atasi Bayi Mengigit Semasa Menyusu

Hazeeq sangat suka position macamni..manja kan?hehe
Alahai, mungkin ramai ibu yang penah alami situasi baby yang mengigit semasa menyusukan? Anak saya pon macam tu jugak. tak silap saya start dia masuk umur 4 bulan. rupanya kat gusi belah bawah dah ada kesan putih-putih. wah...anak mama nk tumbuh gigi dah...Kejap je rasanya, si Hazeeq makin membesar bagai juara.

Situasi mengigit ni memang menguji kesabaran mental & fizikal kan? rasa geram je tapi bila die tersenggeh gatal bila kita menjerit, rasa nak tergelak pon ada. Suka plak si Bambam ni tengok mama die terjerit-jerit. haha... Sabar yolah den...

 Antara cara yang saya dapat kongsikan ialah :-
  1. Alihkan bayi drpd payudara secara perlahan-lahan sambil berkata "jgnlah gigit mama sayang" atau "ibu sakitla".Walaupun ketika itu kita mungkin naik angin.
  2. Lekapkan muka bayi kearah payudara.Ini merupakan salah satu cara.Kaedah begini secara automatik akan menyesakkannya.jika anda kerap melakukan langkah ini,lama kelamaan bayi akan faham jika dia menggigit dia akan dia akan mengalami perkara ini.
  3. Ulangi langkah pertama dan kedua sekerap mungkin bg mbolehkan bayi faham dgn mesej  yg ingin kita sampaikan.jika dia berterusan menangis,masukkan jari masukkan jari kelengkeng ibu bg membolehkannya menghisap jari ibu sblm menyusukannya sekali lagi.
  4. Seharusnya diawal sesi penyusuan ibu sendiri perlu mengelakkan diri drpd gigitan bayi.Ini dpt dilakukan dgn mengenal  pasti penyebab bayi menggigit.Adakah ia berlaku sebab baby giveup nak suck akibat production susu yang xcukup?Kalau Production susu agak mengecewakan, anda kena kaji balik nutrisi pemakanan yang anda makan ya!!! sebab kalau nutrisi ibu cukup, susu akan mudah terhasil.
  5. Diakhir penyusuan,sekali lagi dpt mengelak diri drpd digigit dgn mengetahui samada dia suka mengigit apabila sudah mengantuk krn kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas drpd mulutnya. Jadi,ibu perlu peka dan menghentikan penyusuan dr kebiasaanya.Namun,pastikan dia benar-benar sudah kenyang!
  6. Pelajari cara dan gaya bayi menghisap. jika dia masih kecil fahamila,bahawa dia masih dlm proses pembelajaran utk menyusu dgn betul.Sebetulnya ibu sendiri perlu mberikan keselesaan kpdnya ketika menyusu.Betulkan posisi ketika menyusu.
  7. Periksa dan teliti corak pernafasannya.Jika bayi anda selsema atau hidungnya tersumbat keadaan ini memberi kesan kpd cara dia menghisap dan boleh menyebabkannya menggigit.
  8. Berikan bayi sesuatu yg boleh digigitnya sebelum dan diantara waktu menyusu.gunakan teether,mainan beku ataupun tuala kecil yg telah dibekukan.Kesemuanya sgt bagus utk digunakan sbg alternatif mengelakkan diri drpd terus digigit bayi.Alat-alat ini dpt memenuhi keperluannya yg ingin  menyunyah sesuatu bg menghilangkan kegatalan gusinya.
Tapi saya lebih prefer ikut yang No.2 sebab cara tu je yang jalan nak handle situasi genting ketika digigit. Panic taw mommies sampai xsempat nak buat ape . Tu je yang la paling mudah & praktikal. 
Just nasihat dari saya, jangan tolak terus kepala baby bila dia mengigit sebab boleh sebabkan luka. Saya nasihat berdasarkan pengalaman. Habis berdarah-darah baju baby kena darah. dah la time tu deng bercuti-cuti Malaysia. So anda boleh cuba cara mana yang anda selesa ya!!! Happy Breastfeeding Mommies!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...