Tuesday, 6 November 2012

Indahnya Saat Menyusukan Anak

Alhamdulillah, Harini genap 6 Bulan saya berjaya menyusukan anak secara Ekskusif...cewah...dapat da Diploma...tunggu Convocation Day je ne. (kot-kot en Hubby nk celebrate ke) hehe...
Saya akui memang banyak cabarannya tapi jika niat kita lillahi ta'ala, insyallah... bila kita menyususkan anak ni, kita akan dapat  1 kepuasan. Kepuasan sebab kita dah tunaikan hak anak kita menurut ajaran & syariat islam.

Ok, meh kita tambah-tambahkan ilmu pagi ni dengan fadhilat penyusuan susu ibu ni. Antaranya ialah :-

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU. Itulah sebabnya saya tekad untuk menyusukan anak. Saya sayang anak saya dan hanya pastikan apa yang terbaik untuknya membesar & segalanya saya lakukan kerana tuntutan naluri keibuan,yang saya juga yakin, anda yang sudah bergelar IBU juga begitu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...