Saturday, 17 November 2012

Demam Campak


CAMPAK BESAR (CHICKEN POX)

Salam. Harini ujian kesihatan anak datang lagi. Ingatkan ruam tapi rupanya campak. Maklum la ni 1st baby so pengalaman tak da lagi...Alhamdulillah walupon demam, Hazeeq tetap lalu minum susu. Pagi tadi saya & hubby teus hantar ke klinik untuk pengesahan dari Doktor. Semoga my little bambam lekas sembuh...Insyallah.. Jom sayashare sikit info mengenai demam campak. semoga anda semua bersedia menghadapinya...
Ok, jom kita berkenalan dengan Campak Besar (Chiken Pox) dahulu... penyakit ni kebiasaannya akan melanda kanak-kanak yang tiada imuniti/rintangan lagi kepadanya( atau dalam kata lainnya kanak-kanak yang belum pernah kena chiken pox). Ianya adalah disebabkan oleh virus jenis Herpes. Nama saintifiknya adalah Varicella zoster. (sedap sungguh namanya..hehe)



~ Gejala ~

2-3 hari sebelumnya, anak-anak akan menunjukkan tanda-tanda batuk dan selsema yang biasa. Chiken pox bermula daripada demam ringan sehinggalah suhu meningkat ke tahap maksimum apabila demam semakin berlarutan.  Badan akan rasa gatal-gatal dan seterusnya bintik-bintik ruam yang mengandungi air di dalamya mula terbentuk dan merebak ke seluruh badan. Jika ruam air ini pecah, ianya akan menyebabkan lebih banyak ruam terbentuk di kawasan terkena air tersebut. 3-4 hari berikutnya adalah hari kritikal di mana kanak-kanak akan merasa sangat tidak selesa, panas dan gatal di seluruh badan.  Setelah seminggu, barulah ianya akan mula kering dan membentuk keruping, demam pun akan beransur hilang.



~ Pantang-Larang ~

Banyak pantang-larang masyarakat setempat (uruf) untuk mengelakkan penyakit ini bertambah teruk. Selagi ianya tak melanggar syarak, saya kita tak salah untuk kita lakukan, demi kesihatan anak-anak kita...tak gitu?

DAUN SEMAMBU
  1. Mandikan anak sekerap yang boleh (bagi mengelakkan suhu badan meningkat dengan mendadak)
  2. Mandikan anak dengan daun semambu (bagi mengurangkan gatal-gatal pada badannya)
  3. Menyusukan dan beri anak minum air masak dengan lebih kerap (bagi membantu suhu badan turun dan antibody ibu turut sama melawan virus dalam badan anak.
  4.  Menyapu badan anak dengan Calamine Cream selepas mandi (bagi mengurangkan gatal-gatal)
  5.  Mengalihkan perhatian anak daripada penyakitnya, dengan kerap membawanya keluar berjalan dan bermain-main dengannya.
  6.  Mengelakkan terkena hujan (dikhuatiri dengan izinNya parut lambat hilang jika terkena hujan)
  7.  Ambil MC ler bagi ibu2 bagi menjaga anak dalam masa 2 minggu kerana jangkitan virus aktif merebak dan boleh berjangkit dalam masa 2 minggu. 
  8. Vaksin juga boleh didapati untuk mengelak jangkitan Chicken pox. (hazeeq baru je dapat suntikan 06/11/12 tapi dapat jugak campak ni.yelah...kuasa tuhan membatasi segalanya)


CAMPAK KECIL (MEASLES)

Campak kecil ni Hazeeq belum kena lagi... just for preparation of knowledge la kan.... campak kecil ni dipanggil Measles atau Morbili atau Campak German. Ianya disebabkan oleh sejenis virus bernama paramyxovirus  daripada kumpulan Morbillivirus. Ia sangat mudah menular dan menyerang kanak-kanak... campak kecil ni lebih seperti  ruam yang timbul pada badam bayi tapi dalam skala yang lebih banyak daripada ruam biasa. Gejala penyakit kebiasaannya akan muncul 8-12 hari selepas terdedah kepada individu yang mengidapnya.


~ Gejala ~

 Ianya bermula daripada ruam yang timbul di sekitar dada. Batuk-batuk, selesema, mata bengkak dan berair juga akan  dapat diperhatikan.  Ruam boleh juga merebak ke bahagian lain badan seperti telinga, hidung dan sekitar mata.

*Penyakit ini semakin jarang berlaku di kalangan kanak-kanak kerana  vaksin imunisasi jenis MMR sudah terangkum dalam program imunisasi bayi di Negara kita.

2 comments:

  1. nk tanye,vaksin y amek tok hazeeq tok prevent demam campak tu,sis amek kt klinik swasta kn?means 6/11/12 tu amek vaksin before kne or time dh kne eh?..

    ReplyDelete
  2. amik 1 week b4 kena campak... tp klu ikut org tua2, mmg semua org akan kena campak. juz cpt & lambt je..wallahualam ;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...