Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang
sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat
diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.
Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium
botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu
“Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata
kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika
bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan
muntah2,cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila
madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis
toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak
matang dan menyebabkan “botulism”.
Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah
lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur
untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada
umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan
diberi bawah umur 1 tahun.
Simtom-simtom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal
symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau
makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36
jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau
doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan
berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot
pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana
usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin
yang dihasilkan oleh spora ini.
No comments:
Post a Comment