Monday, 19 November 2012

Susu Bau Tengik???

ALA COMELNYA DIA BUAT MUKA CONFUSED...HEHE
Assalamualaikum semua viewer MamaHazeeq. Pagi ni Hazeeq masih lagi meragam. agaknya tak selesa sebab chicken pox masih tak lega. Doakan ye my little hero cepat sembuh...rindula tengok telatah masa dia sihat...Beberapa hari lepas, ada kenalan yang bertanya mengenai EBM yang agak berbau tengik. Tapi hari ni rasanya keperluan untuk berkongsi situasi itu kat entry kali ni. bukan apa, selalunya ibu-ibu baru, agak keliru dan ragu-ragu dengan bau tengik susu yang telah dibekukan atau susu perahan yang diperah yang telah diletakkan di dalam peti ais lebih dari sehari. 

Ini adalah biasa dan bukan kerana susu kita itu telah rosak atau basi tetapi oleh kerana adanya enzim lipase (sistem pencernaan kita) yang ada di dalam susu kita. Lagi tinggi kandungan lipase itu maka lagi tengiklah bau susu kita itu. 

Apa itu enzim Lipase?Lipase ini adalah enzim yang berfungsi untuk memecahkan/menguraikan lemak yang terkandung di dalam susu itu untuk memudahkan proses pencernaan. Lagi lama susu itu dibekukan/disejukkan akan terbentuklah 2 lapisan lemak di dalam susu kita itu di mana ia bertindakbalas di dalam susu kita.

Oleh itu ibu-ibu baru janganlah berasa gusar atau susah hati jika susu kita berbau tengik dan perlu diingat setiap dari kita bau tengik itu tidak sama bergantung kepada individu tersebut dan jangan buang susu tu yer....kerana tengik tidak bermakna susu itu rosak atau basi.
Cuma ibu-ibu perlu tahu kaedah penyimpanan dan berapa lama ketahanan susu perahan tersebu. as long rasanya ok, boleh je bagi kat baby ya!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...