Kebanyakan daripada kita pasti akan mengalami gusi berdarah dan gigi sensitif (gingivitis) pada satu ketika dalam hidup, tetapi perkara ini lebih kerap berlaku jika anda hamil. Hormon-hormon kehamilan boleh membuatkan gusi anda bengkak. Ini bermakna ia lebih mudah dan lebih kerap berdarah, terutamanya apabila anda memberus gigi atau memflos.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghentikan pendarahan?
Kalau mengikut kata hati, anda mungkin akan cuba mengelak dari melakukan apa-apa yang akan membuatkan gusi anda berdarah, tetapi penting bagi anda memberus gigi dengan kerap. Gunakanlah berus yang lembut jika gusi anda bengkak. Ketika memflos pula, buatlah dengan perlahan-lahan. Plak (lapisan air liur, bakteria dan sisa makanan yang menyaluti gigi di antara waktu memberus gigi) boleh membuat gusi anda lebih mudah berdarah.
Anda boleh mengurangkan jumlah plak yang terbentuk pada gigi anda dengan mengikuti tips
*Berus gigi anda selama dua minit, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam, dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
*Gunakan berus gigi elektrik. Berus elektrik lebih berkesan menghilangkan plak dan mengurangkan bengkak gusi berbanding berus gigi biasa.
*Bersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan.
*Anda boleh gunakan flos atau berus mini (interdental brushes).
*Jumpa doktor gigi dengan kerap.
*Jika anda merokok, hentikanlah. Merokok boleh membuatkan penyakit gusi semakin teruk.
*Pengkumur yang mengandungi antiseptic chlorhexidine boleh digunakan, tetapi boleh meninggalkan kesan kotor pada gigi dan lidah. Anda mungkin perlukan bantuan doktor gigi untuk menghilangkan kesan ini.
*Berkumur dengan air garam selepas memberus gigi
Bolehkah gusi berdarah menyebabkan masalah-masalah lain?
Gingivitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit yang dipanggil periodontitis. Periodontitis melemahkan tisu-tisu dan tulang yang mencengkam gigi pada rahang anda. Tidak kira samada anda hamil ataupun tidak, jika tidak dirawat, periodontitis boleh menyebabkan gigi tercabut, atau mungkin lebih teruk.
Dipersilakan untuk share artikel ini untuk manfaat bersama. insyallah ♥♥♥
No comments:
Post a Comment