Thursday, 6 March 2014
APA ITU DEHIDRASI?
Apa itu dehirasi? Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini terjadi kerana jumlah air keluar lebih banyak daripada jumlah air yang masuk (contohnya kurang minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini disertai dengan gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh.
Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk kepada ibu menyusukan ialah:
☼ Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
☼ Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
☼ Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
☼ Terasa loya dan ingin muntah.
☼ Rasa menggigil.
☼ Berasa lemah dan sakit otot.
☼ Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bagi ibu hamil pula, selain di atas:
☼ Pergerakan bayi yang tidak normal.
☼ Berlakunya kontraksi.
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagaimana? Nantikan post berikutnya
Labels:
Sharing is Caring
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment